Wednesday, June 27, 2007




Kenali jiwa lelaki.. ni sikit je...

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. malahan perasaan tu lebih kuat dari perasaan wanita.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Lelaki lebih kuat cemburu berbanding wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • kebanyakan lelaki suka dibelai dan dimanjakan.. cuma ia tak tunjuk je.

Saturday, June 23, 2007

I miss u.............1000x



Pencinta setia

Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Mencintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta

Berapa lamakah lagi terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati
Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan


Aku menanti saat menjadi nyata
Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan dan kurelakannya

Biarpun duri yang bisa menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini hanya untukmu jua
Biar laut bergelora menjadi resah sejuta
Aku yang di sini pencinta yang setia

Thursday, June 21, 2007

Kita ditakdirkan jatuh cinta - spring

Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan,tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi
Aku... harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi
Semadi di hatiku
Masih menyayangimu, oh sayangku...
Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

Tuesday, June 19, 2007

Trip Ke kenyir




Permandangan tasik kenyir dari atas house bot


papa tengah bagi briefing mcm mana nak memacing...papa yg pakai topi hitam dengan pegang joran... he..he..he.. sembang je lebih...bukan pandai pun




Ni lah tempat tidor kat dalam house bot tu.. ada 4 je bilik.... bilik tu kita org bagi kat mereka yg bawa isteri je.. kita org lepak kat tilam ni je.... kalau nak tahu ni lah tilam palin empuk kat tengah hutan ni tau..he..he..he..


P/S: kalau nak tahu cerita lebih lanjut... mai lah ke blog memacing papa



Thursday, June 14, 2007

Aku Seperti Dahulu

Kau masih ku sayang
Sehangat waktu cinta bermula
Tidak pernah pudar
Kasih ku pada mu

Sekalipun musim berlalu
Kau masih ku rindu

Walaupun tidak aku lafazkan
Tidak pernah aku
Membenci diri mu

Sekalipun engkau sakiti
Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cinta ku
Menyala di kalbu

Aku masih yang kau kenal dulu
Harumnya kasih ku
Semerbak merindu
Ku merenung jauh

Kiranya ku hidup bersama mu
Akan ku cuba bahagiakan mu
Sekalipun hati terluka

Sunday, June 3, 2007

Siapalah Aku

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu
Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza
Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri
Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku