Saturday, March 22, 2008

Kawan makan kawan

Sudah lama ku mengenali mu
Dan aku menganggap kaulah saudara
Apa saja yang kau mahu…
Pasti aku turuti

Sehingga aku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati
Tapi kau mengkhianati

Kawan yang ku benar harap-harapkan
Bukan jujur seperti yang ku sangkakan
kau menikam dari belakang
Tersungkur aku ke kecewaan

Kau siram bunga fitnah terhadap ku
Kau ambil kesempatan terhadap kawan ku
Sehingga aku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati lebih sukar dicari
Memang benar orang berkata
Harus awas dan waspada
Pada yang manis di bibir

Aku terpedaya dengan kata janjinya
Rupa-rupanya ada agendanya
Setelah ku berikan kepercayaan
Tak terlintas di fikiran
kau buat bukan-bukan

Semua tipu helah kau lakukan
Hanya untuk memutuskan ikatan
Kau menikam dari belakang
Umpama pendekar yang kedayusan

inilah dia kawan makan kawan

Monday, March 10, 2008

Perahu - karya Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan