Saturday, May 12, 2007

Untuk Ibu Yang tersayang..

Ibu….
Kau Cahaya Menerangi Diri ku,
Kau lah Kebahagiaan ku,
Kau Jua dorongan semangat ku,
Dan Kau Jua Ratu Hati ku,

Ibu…
Bicaramu Menyentak Hati,
Lembut Dan Halus Penuh Keiklasan,
Suaramu Bisa Mengegarkan Jiwa,
Sehingga Anakmu Terpana Di Dalam Jaga,

Ibu…
Kau Tega Dalam Mendidik,
Penuh Kasih sayang,
Penuh Kesabaran,
Penuh Kelembutan,
Dan Penuh Kemesraan,

Ibu…
Cahaya Kau Bukan Lilin,
Cahaya Kau Bukan Pelita,
Cahaya Kau Bukan Jua Dari Obor Yang Menyala,
Tetapi…
Cahaya Kau Sungguh Ajaib,
Cahaya Kau Bukan Sementara,
Cahaya Kau Menerangi Hidup anakmu Selamanya,

Ibu…
Walau Menggunung Emas Di Daratan,
Budimu Tidak Dapat Di Balas,
Walau Berjuta Perak Berselerakan,
Hatimu Tidak Mudah Di Peras,
Kerna Itu…
Ingatan Padamu Tetap Selamanya,
Ku Tanam Kekal Dalam Jiwa…

Ibu.....
Tanpa mu siapa lah aku didunia ini..
Selamat Hari Ibu...

Tuesday, May 1, 2007

Lukisan Hidup

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Disini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya

Disini langin mendung selalu
Tiada cahaya menyinari ku
Disini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan dengan mu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabdian yang rela
Pemergianku kerana terpaksa
Demi hidup mu yang lebih sempurna

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita putus di jalan
Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya permainan dalam percintaan

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerana antara kita tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu

Pintamu keterlaluan
Mahligai puncak kayangan
Tak mampu aku tunaikan
Hanyalah syair sendu
Yang dapat kudendangkan

Kita hanyut di buai gelora
Kita layarkan kamar bahtera
Akhirnya tenggelam karam di lautan cinta

Terlerai janji setia
Musnahlah segalanya
Mahkota impian
Andainya aku tiada
Usahlah ditangiskanKehilangan...

Anggaplah kehadiran ku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana yang kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa

Friday, April 27, 2007

Cerita Aku lagi

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak memadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu

Jika benar cinta itu buta...
Berkali terluka masih jua... ku mencuba
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Aku diibarat rerumput di bumi
Kering ketandusan di terik mentari
Biarpun sang embun menitiskan simpati
Namun saljuku tak kekal lama

Engkau seumpama merak di kayangan
Anggun bertahta di mahligai yang indah
Manalah mungkin aku menyusur ke hatimu
Walau naluriku diamuk rindu

Biar arus cinta mengalir
Bercantum di muara kasih
Walaupun sukarnya untukku berenang
Ke birai hatimu kerana ku tahu
Siapa diriku

Ku tak tahu mengapa

Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tapi berdaya

Kemesraan yang pernah dijalinkan
Janganlah diretakkan
Kita sesama manusia
Punya hati dan perasaan
Janganlah kau perlakukan begitu

Kuhulurkan tangan ku ini
Sebagai tanda perdamaian
Kuluaskan pintu hati ku tanda kasih ku pada mu
Lembutkanlah hati mu sayang
Menerima kemesraan ku ini
Jangan dibiarkan kemarau kasih berpanjangan

Thursday, April 26, 2007

Trip ke penang

Bukit ni pun cantik gak..kat simpang pekan baling...kedah...kat depan sign board kg air baling


Kat tasik banding .... kat jeti kat sini ada banyak ikan kaloi..geram betul tengoknya... nasib baik lupa bawak umpan..kalau tak..banyak ikan yg jadi aruah....ha..ha..ha..ha..


Sempat posing kat sawah padi..he..he..he.. tapi tulah..pokok padi tu kecik lagi..kalau dah besar lagi cantik...

NI gambar gunong Reng kat jeli kelantan.. memang unik gunung..ni..dia satu je yang ada..tak ada bukit lain yang berdekatan dengannya...pelik tapi benar.....




Jangan memandu laju kalau line tak clear...tapi kalau line clear...hentam je.....


Nasib baik ada signboard ni..tak lah kerap kali sangat sesat...he..he..he.. tapi sesat perkara biasa lah..yang penting kena tanya org...


Ni kolej adik papa tinggal....asrama dia lah... boleh tahan gak nak sampai kat sini dari terengganu..perjalan pergi dan balik sejauh 1160km duit minyak dlm RM200 je...



Friday, April 20, 2007

Aku rela lepaskan kau pergi


Apakan daya jika kasihku tidak kau menghargai
Apakan daya aku hanya menumpang di sudut hati
Tiba masanya terpaksa ku membawa diri
Aku menyedari siapa diriku hanya sementara...

Apakan daya percintaanku ini separuh jalan
Hidup seperti sampan hanyut di dalam lautan sepi
Terumbang-ambing ku dipukul ombak yang tinggi
Lemasnya aku hingga sesaknya nafasku menanggung rindu

Sejujur mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan...sebalik senyuman itu...
Sejujur manakah kata-kata

ketika kita bertentang mata
boleh kah aku percaya
mungkin itu satu sandiwara
kerana sering pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
bila terluka hilang rasa percaya

Begitu terjadi diantara kita
Perjalanan yang menguji tak terlawan rasa
lalu kita tewas... diarus yang ganas
Sungguh berat untuk menghadapi semua ini

Tak terdaya lagi untuk mengharungi
melepaskan kau pergi itu yang terjadi
Mungkin suratan kita
hanya disini cuma

Perpisahan mungkin akan membawa hikmah
Kau terimalah segalanya dengan redha
pengalaman kita abadikan dalam jiwa...

Tuesday, April 17, 2007

Does your name fit you???

A: LOVES TO FLIRT
B: Loves people
C: BEST SMILE
D: Has one of the best personalities ever
E: Freaking beautiful
F: People wild and crazy adore you.
G: Never let people tell you what todo.
H: Easy to fall in love with
I: Loves to Laugh
J: Freaking Rowdy
K: Really silly.
L: REALLY easy to fall in love with
M: Makes dating fun
N: Good Gf/Bf
O: Loved by everyone
P: Popular with all types of people.
Q: A hypocrite.
R: a freak in bed
S: Easy to fall in love with
T: one of the best damn bf/gf anyone could ask for
U: Gets hugs
V: Not judgmental
W: Very broad minded.
X: Never lets people tell you what todo.
Y: GREAT kisser
Z: Lives life for fun

Trip memancing papa

Cerita memancing baru ni kat karang luas pahang. Aku leader team yellow ada 5 org semuanya. 2 org mabuk sampai balik..langsung tak boleh ngail... yang 2 org lagi cuma bawak pancing yang utk mancing kat sungai je.. tali 20 poun je.. nak buat apa....memanjang putus je... tinggal lah pancing aku je 2 batang.... hasil nya mcm dalam gambar tu lah.. aku cuma dapat ikan merah 2 ekor dalam 1.5kg sekor gan ikan alu-alu 2kg pastu ikan-ikan kecik je lah....

kalau nak tengok gambar lagi pergilah ke blog memancing papa ya....he..he..he..




Semuanya muka tak mandi...dan tak cukup tidor kecuali 2 org yang mabuk tu je..

Hasil tangkapan..jerung pun ada(sebelah kiri) he..he..he..he..

Masa kat Tembeling resort berbincang sebelum bertolak ke jeti..