Lihat Aku Disini
Kau lukai hati dan perasaan ini
tapi entah mengapa aku bisa
memberikan maaf padamu
Mungkin karena Cinta
padamu tulus dari dasar hatiku
Mungkin karena aku
berharap kau dapat mengerti cintaku
Lihat aku disini bertahan
walau kau slalu menyakiti hingga air mataku
tak dapat menetes dan habis terurai
mungkin karena cinta
padamu tulus dari dasar hatiku
mungkin karena aku
berharap kau dapat mengerti cintaku
Meski kau terus sakiti aku
cinta ini akan selalu memaafkan
dan aku berharap nanti engkau
mengerti bila cintaku tak kan mati
Saturday, December 15, 2007
Teman Terulung - Anuar Zain
Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu
Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati
Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu
Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati
Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.
Dairy seorang lelaki
saat ku buka buku yg berdebu
tentang masa lalu di dalam hidupku
saat kita masih bersama jalin ikatan cinta
senyum dan tawa mu masih segar di ingatan
Waktu pertemuan pertama kita jumpa
Telah tergores kesan di dalam hatiku
dan kini terasa ada getar di dada
kini kutahu pasti aku jatuh cinta padamu
Semuanya hanya sementara
kini kau tiada di sisiku lagi
hampa rasa tanpa cintamu lagi
mengapa ini harus terjadi
Andainya ku bisa memilikimu lagi
takkan kubiarkan kau pergi
Untuk kedua kali
Sukar untuk ku melupakanmu
karena hanyalah wajahmu
yg selalu terbayang di minda ku
Walaupun kita telah terpisah
Namun aku masih berharap
kau akan kembali ke pangkuan ku

Monday, December 10, 2007
Pantun Klasik
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari/Malam ini menanam jagung
Hari/Malam esok menanam serai
Hari/Malam ini kita berkampung
Hari/Malam esok kita bersurai(cerai)
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Dua tiga kucing berlari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama adik seorang

Friday, December 7, 2007
Kelantan tidak paksa artis pakai tudung
KOTA BHARU - Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan sebarang paksaan atau syarat terhadap wanita termasuk artis yang berkunjung ke negeri itu untuk menutup aurat atau memakai tudung. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri hanya meminta supaya wanita, terutama artis yang datang ke negeri ini berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
“Tiada syarat yang memaksa mana-mana artis wanita yang berkunjung ke negeri ini memakai tudung, selalunya langkah menutup aurat atau bertudung dilakukan dengan kerelaan artis itu sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata demikian selepas sesi dialog ‘Sinema Majid Majidi, Moral dan Kemanusiaan’ yang diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 di sini. Beliau mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri mengenakan paksaan terhadap artis wanita yang dijemput datang ke negeri ini untuk memakai tudung, termasuk artis terkenal tanah air, Maya Karin yang merupakan panel dalam sesi dialog berkenaan. Maya, yang mengakui gembira dan teruja di atas jemputan kerajaan negeri turut memakai pakaian menutup aurat, termasuk mengenakan tudung berwarna biru gelap ketika sesi dialog itu.
Selain Maya, dua lagi panel dialog ialah Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan dan pengarah filem Mamat Khalid. Nik Mohd Amar berkata, kerajaan negeri sememangnya berbesar hati atas keprihatinan dan penghormatan yang diberi oleh artis wanita yang memakai tudung sewaktu kunjungan ke negeri ini. “Kebanyakan rakyat negeri ini bertudung, mungkin kerana itulah kebanyakan daripada artis wanita ini dengan sendirinya mahu memakai tudung untuk menunjukkan rasa hormat mereka. “Kita sangat berbesar hati apabila melihatkan kesanggupan mereka memakai tudung apatah lagi dengan kerelaan sendiri dalam menghormati dasar kerajaan Kelantan,” katanya. - BERNAMA
Dari sinar harian edisi kelantan

Wednesday, November 28, 2007
Terengganu Monsoon Cup

KUALA TERENGGANU: Festival Warisan Duyong 2007, membabitkan pelbagai acara sukan rakyat akan mewarnai kemeriahan Monsoon Cup 2007 yang diadakan di Teluk Warisan, Pulau Duyong dekat sini.Festival enam hari mulai 27 November hingga 2 Disember itu menonjolkan permainan rakyat seperti tarik tali, gusti lengan, tarik upih, lari dalam guni, membawa ping pong dalam sudu dan gelek rim.Acara lain ialah sepak raga seratus, mengupas kelapa, mengukur kelapa, mencari gula-gula dalam tepung, meniub belon dan mengisi air dalam belon.
Sukaneka air pula bakal dimeriahkan dengan acara memanjat tiang licin, tarik tali dalam perahu, mengimbang tong drum, gusti air, menangkap itik dan memukul bantal.Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran festival itu, Ismail Nik, berkata turut dianjurkan ialah pertandingan bola jaring, bola sepak pantai, bola tampar pantai dan dam aji.“Festival ini dimeriahkan dengan penyertaan wanita yang akan bertanding masakan kuih tradisional, set pengantin dan permainan tradisional serta diselang seli dengan persembahan kebudayaan yang kebanyakan dianjurkan sebelah malam,” katanya.Beliau berkata demikian pada mesyuarat penyelarasan jawatankuasa itu di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini,
Selasa lalu.Turut hadir, Pengarang Joran/Projek Khas, Kamal Ahmad dan Pengurus Projek Khas BHSB, Muhamad Mizal Hasbullah.Katanya, pameran jabatan pula membabitkan 17 gerai manakala 17 lagi adalah gerai jualan. Ismail berkata, festival itu akan memeriahkan lagi Monsoon Cup sekali gus membabitkan lebih ramai penduduk tempatan dalam satu kejohanan antarabangsa yang banyak memberi manfaat kepada mereka.Acara sepanjang festival itu berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 10 malam.“Seramai 100 kanak-kanak akan menyertai program berkhatan dijadualkan pada 1 Disember (Sabtu),” katanya.Sementara itu, jurucakap penganjur mengesahkan lokasi pertandingan di Teluk Warisan, tidak membabitkan perjalanan ke mana-mana pulau.
Thursday, November 22, 2007
Sahabat sejati
Sebaris kalimat...sebuah frasa, kadangkala menjadi sebuah nilai yang indah.
Dengan sedikit imajinasi, sekelumit pemahaman kata-kata disertai dengan alunan perasaan,serta bersiap-siap untuk terjun ke dunia yang tak hanya sebatas tersedia di angan-angan, seringkali boleh merubah dunia...yang biasanya kelam menjadi benderang, yang dulunya gemerlap menjadi suram bahkan cukup dengan sekumpulan kata kiranya dapat membuka tirai cakrawala kehidupan. Sahabat satu perkataan sakti...
memang sukar untuk mencari sahabat yang sejati.
Tetapi jika masing-masing jujur untuk menjadi sahabat.
Semua nilai ataupun sifat yang lain akan dibentuk sedikit demi sedikit.
Sahabat pula banyak pengertiannya dan panjang pula huraiannya.
Ini kerana setiap orang ada penafsirannya mengenai persahabatan.
Jika masing-masing pihak jujur di dalam memperkatakan nilai persahabatan.
Pasti dan pasti sahabat sejati akan di perolehi.
Jika sahabat kita jujur.Masakan dia akan sanggup menikam kita daripada belakang.
Begitu juga dengan kita.Fikirkan selagi berkesempatan. Kawan sejati adalah..kawan yang sentiasa ada dikala susah dan senang....

Subscribe to:
Posts (Atom)