entah betul ke tidak..aku pun tak tahu...
Friday, March 23, 2007
Cuba teka.....
entah betul ke tidak..aku pun tak tahu...

Malam ni aku rasa boring sikit....
Rasa macam nak terbang jauh je....tapi tak tahu kemana tujuan..
Time macam ni aku memerlukan sahabat untuk aku meluahkan
Tapi semuanya dah tidor... cuma tinggal aku sorang je....
Aku betul-betul rasa macam kosong je... tak tahu nak buat apa...
mungkin aku rindukan kekawan aku kot.....
Aku susah nak berkawan... tapi bila aku berkawan...aku adalah
kawan yang paling setia...... tak kira apa statusnya..dia tetap kawan aku.....
Thursday, March 22, 2007
Schedule April
Wednesday, March 21, 2007
Letih aku
Wednesday, March 14, 2007
Lega.....

Hari ini aku dapat menarik nafas lega,
kerana aku telah menunaikan janji aku pada aruah ayah ku.
Adik aku yang bongsu baru je dapat result SPM ( 7A).
Seperti yg aruah ayah ku mahukan ia nak anak-anak dia semuanya
ke Universiti.... dan sekarang semuanya telah tercapai tinggal adik aku yang bongsu ni je.. menunggu masa utk ke University..
Aku rasa mcm selasai melakukan kerja yg berat
yang selama ini selalu bermain dalam kepala ku. Bukan apa aku tak
nak menghampakan impian Aruah Ayah ku.. walau pun ia telah tiada..
Aku tahu perjalanan ku masih jauh..dan aku tak akan penat untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai abg yang sulung. aku akan lakukan walaupun aku terpaksa berkorban nyawa demi untuk menyambung cita-cita ayah ku....
Saturday, March 10, 2007
Aku rindu pada mu

Dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan
sejarah cinta mengajarku erti kehidupan
difikiran ku kau sentiasa bergemerlapan
lalu menukar jiwa lelaki ini menjadi sentimental
Lenaku di buai bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah di bingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti Biar ku titipkan erti keperitan pelayaran ini
Hingga tak terdaya aku melafazkannya
Salju sebening kasih oh kekasihku
sejarah cinta mengajarku erti kehidupan
difikiran ku kau sentiasa bergemerlapan
lalu menukar jiwa lelaki ini menjadi sentimental
Lenaku di buai bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah di bingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti Biar ku titipkan erti keperitan pelayaran ini
Hingga tak terdaya aku melafazkannya
Salju sebening kasih oh kekasihku
Terkadang perjalanan jauh yang tak mampu aku menapak
pendakian gunung yang tinggi
lembah jurang yang ngeri aku harungi
biarkan dunia beredar rentak sama kita berlari
menuju titik permulaan
belum tahu dimana ia akan berakhir
pendakian gunung yang tinggi
lembah jurang yang ngeri aku harungi
biarkan dunia beredar rentak sama kita berlari
menuju titik permulaan
belum tahu dimana ia akan berakhir
Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci untuk ku miliki
Sepenuhnya kasih mu nan suciPedihnya panahan cinta mu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora sindiran asmara mu
Aku terhempas di pelantar rindu mu
Aku rindu pada mu……
Ku punya jiwa nan suci untuk ku miliki
Sepenuhnya kasih mu nan suciPedihnya panahan cinta mu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora sindiran asmara mu
Aku terhempas di pelantar rindu mu
Aku rindu pada mu……
Subscribe to:
Posts (Atom)

