Saturday, August 18, 2007

Takdir menantu segalanya

Bukan kerana kemarau panjang
Lautan kasih menjadi gersang
Bukan kerana ribut dan taufan
Bungaku layu dalam jambangan

Tapi kerana takdir
Telah bersebab
Sebab menanti masa
Sampailah waktu akhirnya

Terputuslah tali ikatan hilang janji kasih
Terpadam mimpi hanya rindu
Yang setia menunggu
Walaupun dibelenggu
Tanpa kasih dan rindu
Tanpa kasih dan waktu

Cinta seumpama bayang-bayang
Bila terang ia hadir walaupun diusir
Bila gelap ia hilang walaupun di undang

Pernah juga kau pinta perpisahan

Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap aku denganmu

Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci

Masih segar di ingatan ku
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan indah bersama mu
Cerita cinta ku pada mu

Biar berjuta namun tidak sama
Indahnya cinta ku pada mu
Setulus hati ku pada mu

Telah ku terima segalanya
Suratan takdir Yang Esa
Cinta bersulam duka dan air mata
Suka dan duka di tangannya

Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku dan di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesilapan
Cinta yang menjadi korban

Saat akan silih berganti
Masa tak akan kembali
Semuanya telah berlaku
Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku


Kuatnya hati mu
Sekuat tembuk batu
mengharumi segalanya dengan selamber
Hanya aku yang separuh mati melaluinya

Maafkan aku sekiranya
Aku meyakiti atau melukai mu
Bukan niat ku kasih
Ku doakan agar kau berbahagia
Dengan pilihan mu
Aku masih lagi disini.

My lover,
Biarkanlah namamu abadi... di sini
Mudah-mudahan bersama
Walaupun keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya

No comments: