Biar pun jauh beribu batu
Namum kau tetap dekat disisiku
Ku mengerti luahan hati mu
setiap baris kata mu
seribu persoalan buat ku
Detik demi detik yang berlalu
menceritakan kisah perit mu
kata mu
kusangka panas hinga ke petang
rupanya taufan yang mendatang
di sini di lembah ini
telah terkubur sejuta kenangan
ditiup keras taufan yang mendatang
dan bertaburan debu sepi berterbangan
yang tak kan mungkin dapat terulang
kini aku tersenyum sendiri
kerana hadir mu membawa seri
lenyaplah segala kisah sepi
yang selama ini menghantui
Terima kasih sekali lagi
Kau yg memahami
kau yang mengerti
kau yang menyayangi
sehingga terubat segala sepi
No comments:
Post a Comment