Thursday, July 31, 2008




Sunday, July 27, 2008

Esok belum pasti

Malam indah dihiasi bintang
Sang rembulan pun menerangi alam
Hati tersentuh seketika bila terkenang
Kisah kekasih gelap dalam terang

Bila cinta bersemi
Dunia ni kita miliki
Bila berjauhan hati merindu
Bila berdekatan terpaut layu
Kau terkulai dalam pelukan ku

Bilakah ia akan bersemi lagi...
Pastikah esok ada untuk ku memiliki
Satu kepastian yang tak pasti
Membuat ku menyendiri
Mencari arah tuju ku sendiri

Ku menaruh harapan tinggi
Esok masih lagi kita miliki
Agar cinta bersemi kembali
Esok yang belum pasti.......

Saturday, July 26, 2008

Harum tiada warna

Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Aku merelakannya

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Disini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Disini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinari ku
Disini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku cuma insan biasa

Kilauan cinta yang suci
Yang pernah dulu bersemadi di hati
Kini kian gerhana
Biarpun sebak di dada
Relakan kumelangkah
Selamanya...

Friday, July 25, 2008

Aku bukan pengemis cinta

Dijendela ini aku berdiri
Merenung jauh dalam diri
mengalir laju air dipipi
Bila janji dipateri tak ditepati

Aku bukan pengemis cinta
Yang mengemis setiap masa
Mungkin dulu ya...
Tapi kini sudah sampai masanya

Aku tak akan mengemis lagi
Kerana aku bukan pengemis mu lagi
Akan ku tabahkan hati
mengharumi hari demi hari

Usah lah kau fikir kan aku lagi
Aku kini bukan pengemis cinta mu lagi
Aku kini penunggu sepi
Yang sedang mencari jalan sendiri...

Bahtera cinta

Ku layarkan bahtera ini
Kerana di dada terpateri cinta yang suci
Siapakah sudi bertanya luka di hati
adakah ia menitis lagi

Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata
Menerjah setiap ruang rongga di jiwa
Kosong seketika
peritnya alam bercinta

Air mata tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...harus berpisah dan kecundang di tengah jalan
Apakah...Kita terpaksa berkorban
demi cinta bila sampai masanya
Yang menentukan tangisan akan reda semula

Bukan kerana kemarau panjang
Lautan kasih menjadi gersang
Bukan kerana ribut dan taufan
Bungaku layu dalam jambangan

Tapi kerana takdir
Telah bersebab
Sebab menanti masa
Sampailah waktu akhirnya

Monday, July 21, 2008

Nikmat cinta

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bukan sengaja ku lakukan
Tapi jiwa ini tertekan

Sudah lumrah bercinta
Suka bersulamkan air mata
Kita dihiris rencana
Terpetik cinta sukunya

Kita buang keruh yang melanda
Kasih pasti jernih semula
Tak siapa di dunia tak merasa
Cinta terlepas sengsara

Tanpa rajuk hiba
Tak ketemu makna
Nikmatnya cinta

Getaran jiwa

Perasaan tak menentu
Yang ku rasa kan
Setelah mengenali mu
Jauh ku rindu dekat bergetar jiwa ku

Tiada kata seindah rasa
Dalam hati yang bergelora
Ingin ku ungkapkan rasa
Rindu dan cinta nyata dalam rasa

Tak mungkin ku mungkiri
Telah kurasa inilah cinta suci
Lekat menyatu di hati
Hingga akhir nanti

Saturday, July 12, 2008

Bila rindu datang

Bila rindu ini datang,
umpama kemuncup yang mencengkam
yang kuat hingga tengelam
sebati dengan benang

menghilang sendiri mungkin tidak
melainkan ia ditanggalkan
Selagi ia melekat
selagi itulah kita terikat


Bila rindu datang lagi
umpama bayangan yang berlari
hadir bila bercahaya lagi
lenyap ketika malam hari
Namum ia tetap mekar dihati