Ku layarkan bahtera ini
Kerana di dada terpateri cinta yang suci
Siapakah sudi bertanya luka di hati
adakah ia menitis lagi
Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata
Menerjah setiap ruang rongga di jiwa
Kosong seketika
peritnya alam bercinta
Air mata tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...harus berpisah dan kecundang di tengah jalan
Apakah...Kita terpaksa berkorban
demi cinta bila sampai masanya
Yang menentukan tangisan akan reda semula
Bukan kerana kemarau panjang
Lautan kasih menjadi gersang
Bukan kerana ribut dan taufan
Bungaku layu dalam jambangan
Tapi kerana takdir
Telah bersebab
Sebab menanti masa
Sampailah waktu akhirnya
No comments:
Post a Comment