Cerita hidupku
Yang penuh berliku
Mengimbau kembali ingatan ku
Kisah mengidam kasih merawat rindu
Mungkin kau perasan
Ku hanya terdiam
Suka ku di sini berterus-terang
Sungguhnya dalam ku sedang berperang
Dikaulah yang ku sayang
Dikaulah yang ku rindu
Segenap ruangku terbayang
Wajahmu di ingatan
Rasa nak ku dakap kau dalam pelukan
Tiada kekuatan
Takut ku pula yang tidak sanggup bercerai badan
Sehingga aku terasa tekanan
Meronta-ronta batinku
Mahu bertemu dengan mu
Setulus kasih jiwaku
Tapi mengenangkan siapa aku
Ku terus membisu
3 comments:
Semenjak kau ku kenali
Bermacam dugaan ku hadapi
Adalah tersentuh rasa hati
Adalaka cemburu melukai
Namun aku sabar melalui
Aku simpati dengan kisah mu
"Dalam hati ada cinta" itu kisah mu
Biar aku menjadi lilin kata mu
Terbakar diri namun menerangi sekeliling mu
Cinta yang kian lama menghilang
Kini kembali menerang
Cuma bukan jiwa ku yg kau datang
Aku tak tahu apa hajat dan tujuan
Adakah semua ni kerana dendam
Binggung aku di persimpangan
antara aku dia dan adik kesayangan
Salam pagi dari spider kiss
Kenapa hati mu kian menjauh
Aku bagaikan tersungkur jatuh
Dulu kau kata hanya aku yg kau cintai
Dulu kau kata hanya aku yg kau sayangi
Kurasakan segalanya telah berubah kini
Terasa aku dipinggirkan kini
Mungkin bagi mu semua itu hanya emosi ku
Tapi jiwa ku dapat merasai kejauhan jiwa mu
Mungkin nama ku terhakis dalam kalbu mu
Biar apa pun terjadi.aku adalah aku
Demi sebuah perhubungan
yang pasti akan ada perpisahan
Bila bunga perpisahan kian kembang
berdarah menitis jiwa bila terkenang
Bukan senang untuk sebuah pengorbanan
Masa dan diri menjadi taruhan
Tapi apa kan daya aku hanya seorang insan
Yang mempunyai kekuatan pinjaman
Seteguh manapun pendirian
Pasti keciwa jua yang mendatang
Panjang lebar ku coretkan
Bingkisan hati luahan perasaan
Bukan meminta belas kasihan
Tapi hanya cerita seorang insan?..
Cerita mu aku hayati
dengan penih berhati-hati
kini aku memahami
kau sentiasa dihati
Spiderman
Post a Comment