Sunday, March 29, 2009

Kamu

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin kau rindu
Aku ingin menjadi sesuatu yang boleh kau sentuh
Aku ingin menatap indah senyuman di wajah mu
Aku ingin engkau selalu hadir dan menemani ku

Wajah mu membuat aku terdiam dan terpaku
Tiada kata yang mampu ku ungkapkan pada mu
Setiap langkah meyakini aku
bahawa kau ada lah untuk ku

Mengerti hadirnya cinta terindah mu
saat kau menyentuh dan memeluk ku
terasa bagai kau milik ku
selamanya.........

Thursday, March 26, 2009

Terima kasih bulan

Lama ku menyepi bukan bererti aku lari
aku masih seperti dulu dan masih disini
cuma ketandusan idea bila jari dah lama tak menari
kini aku kembali........

Terima kasih pada bulan
kerana cahayanya menerangi alam
kerana memberi aku kehidupan
hanya kamu yang mengerti bulan
betapa resahnya hati bila kau menghilang
bersyukur aku pada tuhan
kerana kini kau kembali memberi ku idea dan harapan
untuk terus bangun dan berjuang

Bercerita pasal kehidupan
hati ini selalu keresahan
apakah silap perasaan
atau hanya hati yang kekosongan
entah........aku kebingungan
mencari dimana kah jawapan

Adakala aku rasa kesepian
adakala aku rasa kesunyian
adakala ku rasa ingin berjalan
merantau jauh melihat alam
apakah semua itu hanya perasaan
atau aku sedang mencari sebuah kebahagian
entah ....aku kebingungan

Aku berharap agar diberi jalan
semoga aku boleh terus berjalan
mencari sebuah jawapan....
terima kasih bulan.

Aku Pencinta Alam

Malam indah di sungai kelebur
bertaburan bintang menghiasi langit yang kabur
sedetik hati ku tersentak dan berfikir
kemana menghilangnya sang rembulan
yang selama ini menerangi alam

hebatnya kuasa pencipta alam
mentadbir malam dan siang
tanpa bantuan dan pertolongan
sedih pilu hati ini melihat kemusnahan
buatan tangan makhluk bernama insan
dimanakah kesedaran?
dimanakah keperihatinan....

mengalir air mata sederas air jeram
bila melihat hutan rakus ditebang
kerana ketamakan dan mencari kekayaan
sungai yang hampir kepupusan ikan
semua itu adalah angkara insan

Wahai sahabat ku sekelian
ketahuilah bahaya setiap ciptaan tuhan
mempunyai perasaan
kesihanilah alam
siapa insan tanpa alam......