Malam indah di sungai kelebur
bertaburan bintang menghiasi langit yang kabur
sedetik hati ku tersentak dan berfikir
kemana menghilangnya sang rembulan
yang selama ini menerangi alam
hebatnya kuasa pencipta alam
mentadbir malam dan siang
tanpa bantuan dan pertolongan
sedih pilu hati ini melihat kemusnahan
buatan tangan makhluk bernama insan
dimanakah kesedaran?
dimanakah keperihatinan....
mengalir air mata sederas air jeram
bila melihat hutan rakus ditebang
kerana ketamakan dan mencari kekayaan
sungai yang hampir kepupusan ikan
semua itu adalah angkara insan
Wahai sahabat ku sekelian
ketahuilah bahaya setiap ciptaan tuhan
mempunyai perasaan
kesihanilah alam
siapa insan tanpa alam......
No comments:
Post a Comment