Puisi cinta ku lagu kan
Mengharap restu untuk kita
Kamar hati mu ku serikan
Dengan kembangan jambangan cinta
Biar berjuta tangan menghalang
Demi cinta ku sangup berkorban
Tanpa menoleh kebelakang
Aku terus melangkah dengan penuh keyakinan
Sayangnya terputus tali janji
yang dulu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta terputus dijalan
Ku harapan keajaiban
Mengharungi kenyataan
Namum aku kecundang
Bersyukur aku pada ilahi
Kerana ada insan yang sudi
Mendengar segala rintihan hati ini
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak mementukan hidup mu
Aku sedar siapa diri ku
Kini aku mengenggam satu azam
Akan ku lontar jauh segala kenangan
Doa ku agar aku mampu berjalan
Dan terus melangkah dengan keyakinan
Demi untuk membina sebuah kehidupan
No comments:
Post a Comment