Friday, March 26, 2010

Terperangkap dalam cinta

Hati siapakah yang mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah segala pengorbanan
Andai kau tak bisa dipelukan ku

Pernah juga ku dilukai ditikam belati tajam
Walau pun rasa pedih namun
masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka perasaan
Walaupun pedih tak berdarah
Manun bisa buat aku gundah

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerana diriku
Sedangkan aku lah penawar cinta mu
Tak sangup aku melepaskan mu

Kau tahu cinta ku amat kuat untuk mu
Namun ia tak memberi sebarang erti buat mu
Jurang pemisah antara kita amat ketara
Makin hampir dan ketara…..

Ku ibarat terperangkap ditengah lautan
Hilang arah untuk menuju..
Andai kau pinta untuk ku melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan…
Mungkin ini pengajaran dalam percintaan…

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula segalanya
Namun aku hanya insan biasa
yang bisa dilukai dan disakiti…

2 comments:

Anonymous said...

Pa...power betul ayat tu hehehe.... miss you :)

Anonymous said...

miss u too he..he.he