Dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajar ku sepanjang malam
Kau sentiasa di hati ku
Biar pun cinta kita terpisah di jalanan
Mungkin kau dah lama melupakan
Susahnya untuk ku melupakan mu
Kerana kau cintai pertama ku
Kerana kau yang pinta melepaskan mu
Terpaksa aku lakukan biar pun tanpa kerelaan ku
Sayangnya terputus tali janji
Satu masa dulu yang kukuh termatri
Kata orang tua mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari
Ku cermin diri ku ini
Ku tahu kedaifan yang tak engkau ingin kan
Tidak ku salahkan diri mu
Kau berhak menentukan nasib mu
Kini aku mengengam satu azam
Melempar segala kenangan
Untuk membina sebuah kehidupan
Walaupun dimana pun kau berada
Moga kau aman bahagia
Disamping si dia