Saturday, August 14, 2010

*******

Dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajar ku sepanjang malam
Kau sentiasa di hati ku
Biar pun cinta kita terpisah di jalanan
Mungkin kau dah lama melupakan

Susahnya untuk ku melupakan mu
Kerana kau cintai pertama ku
Kerana kau yang pinta melepaskan mu
Terpaksa aku lakukan biar pun tanpa kerelaan ku

Sayangnya terputus tali janji
Satu masa dulu yang kukuh termatri
Kata orang tua mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ku ini
Ku tahu kedaifan yang tak engkau ingin kan
Tidak ku salahkan diri mu
Kau berhak menentukan nasib mu
Kini aku mengengam satu azam
Melempar segala kenangan
Untuk membina sebuah kehidupan

Walaupun dimana pun kau berada
Moga kau aman bahagia
Disamping si dia

4 comments:

Anonymous said...

Hidup umpama roda
Kala di atas...kala di bawah
Setiap kali berpusing ia akan mara ke hadapan
Pagi petang...siang...malam
Hari bertukar bulan dan bulan bertukar tahun - inilah yg dinamakan kehidupan.........

Begitu pantas masa berlalu
Meninggalkan seribu kenangan dan impian
Yang pertama berganti namun yang lama tetap dihati kerna yg lama adalah org pertama mengenalkan apa itu cinta kasih dan syg....

PUISI PERTAMA darimu adalah hadiah yg paling berharga kerna itulah nota yg mengeratkan kita sehingga ke hari ini.......

salam rindu
SAHABAT ROMANTIS

Anonymous said...

Pretty nice post. Aku hanya tersandung pada blog Anda dan ingin mengatakan bahwa saya telah benar-benar menikmati browsing posting blog Anda. Dalam hal apapun saya akan berlangganan feed Anda dan saya harap Anda menulis lagi segera!

papa said...

anomymous

selagi jari jemari ini mampu menari
selagi itu ia akan menulis puisi
indah dimata dan indah dihati
biar pun berkali hati dilukai
namum tetap jemari ku menari

papa said...

sahabt romantis

terima kasih