Saturday, January 10, 2009

lautan hati

Bila hati tersentuh jiwa menangis
Tangisan yang tak bisa di dengari
Hanya diri yang mengerti

Bila hati tercalar jiwa menangis lagi
Luahan hanya pada yang mengerti dan menjiwai
Kerana ku tahu dia lebih memahami

Mengapa aku sering dilukai
Umpama dilahirkan untuk disakiti
Tidak kah kau mengerti jeritan hati
Yang merayu agar dibelai dan disayangi

Mengertikah dikau akan kasih di sayangi
Aku lalui dihayat duniawi
menagis jiwa menangis hati
Tidak ada kah sedikit kebahagiaan menanti
Untuk mengubati luka dihati

Mengapa ku sering lalui semua ini
Terasa diri dibenci
Atau mungkin tidak disayangi lagi

Bertahun ingin mengampai pelangi
Tinggi tak kesampaian dihati
Mustahil kah bagi ku untuk memiliki

Andai dapat ku renangi lautan biru
demi sebuah kebahagian yang menunggu
Pasti kan ku harungi biar berliku
Rela ku karam di lautan dari karam di bumi

Monday, December 8, 2008

Lirik : Agnes Monica - Matahariku

Tertutup Sudah Pintu,
Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu
Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku,
Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku
Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu
Menaklukkan Waktu

melukut ditepi gantang

Sejuta kasih ku sirami
Renjisan bagaikan embun pagi
Hatiku tersenyum jiwa menagisi
Mengundang engkau di sisi

Telah ku turutkan segalanya
Telah ku buktikan semuanya
Keikhlasan taruhannya
Bukan mainan semuanya

Jangan kau pisahkan
Jangan kau hancurkan
Kasih yang terbina sekian lama
Bukan untuk sedetik masa membina

Andai aku bisa mengampai bulan
pasti akan ku hadiahkan buat mu sorang
tapi apa kan daya aku hanya melukut di tepi gantang..

Friday, November 21, 2008

best

Monday, November 3, 2008

Salam buat semua

Salam buat pengunjung semua
blog ni akan ditutup tak lama lagi
tak tahu lah berapa lama
aku ketandusan idea

mungkin buat selama-lamanya
atau mungkin seminggu dua
bukan hati yang lara
bukan jiwa yg sengsara
tapi aku ketandusan idea

Salam buat semua

Wednesday, October 29, 2008

Jiwa

Merenung jauh kedalam jiwa
terasa diri dipersenda
hadir ku tidak bermakna bagi mu
mungkin pada pandangan mata mu
aku hanya seorang insan yang mengelamun
sesat dijalanan tanpa arah tujuan

Sesekali ku rasakan cuma aku yg memerlukan mu
tapi selamber je buat mu
tapi tidak bagi ku........

kini ku sedar dimana letaknya aku
dimata mu.......
Haruskah aku teruskan...
atau perlu aku berpatah separuh jalan
hina sungguh rasa diri diperlakukan...

Friday, October 10, 2008

Perjalanan

Indahnya alam ciptaan tuhan
menjadikan manusia dan seisinya
berbumbung kan langit
berlantaikan bumi

Setiap sesuatu diciptakan berpasangan
begitu indahnya ciptaan tuhan
Bersujud aku kesyukuran
Kerana masih diberi peluang
Menikmati mentari menerang

Bila mendongak ke langit
Terasa kerdilnya diri
Bila merenung ke bumi
Terasa hinanya diri

Wahai hati......
Ketahuilah bahawa kamu ada lah mahligai
Mahligainya jiwa nurani
Jangan lah kau memberi ruang pada Amarah
lembutkanlah dengan Zikrullah

Wahai Jiwa......
Mahligai mu telah terbina
Jaga lah segala amanahnya
Ingat janji mu dihadapanya
Sebelum kau dizahirkan didunia
jangan sekali kau melupainya

Wahai Akal....
Kau digelar orang Arif...
kerana kau dijadikan terpilih
kau merasa,meneka dan memilih
Jangan kau mendahului jiwa
bersatu lah akal dengan jiwa
agar jasad tak tersiksa

Wahai jasad......
Bila disakiti terasa hingga ke jiwa
kau hanya lah sementara
kau hanyalah dunia
tapi tanpa mu.. tiada tempatnya akal dan jiwa

Wahai diri yang hina
ketahuilah kau dijadikan dari tanah, air, api dan angin
bila sampai waktunya segala unsur akan pulang ketempatnya
yang tinggal hanya roh yang mengadapnya
Itu janji tuhan pada makhluknya...