Indahnya alam ciptaan tuhan
menjadikan manusia dan seisinya
berbumbung kan langit
berlantaikan bumi
Setiap sesuatu diciptakan berpasangan
begitu indahnya ciptaan tuhan
Bersujud aku kesyukuran
Kerana masih diberi peluang
Menikmati mentari menerang
Bila mendongak ke langit
Terasa kerdilnya diri
Bila merenung ke bumi
Terasa hinanya diri
Wahai hati......
Ketahuilah bahawa kamu ada lah mahligai
Mahligainya jiwa nurani
Jangan lah kau memberi ruang pada Amarah
lembutkanlah dengan Zikrullah
Wahai Jiwa......
Mahligai mu telah terbina
Jaga lah segala amanahnya
Ingat janji mu dihadapanya
Sebelum kau dizahirkan didunia
jangan sekali kau melupainya
Wahai Akal....
Kau digelar orang Arif...
kerana kau dijadikan terpilih
kau merasa,meneka dan memilih
Jangan kau mendahului jiwa
bersatu lah akal dengan jiwa
agar jasad tak tersiksa
Wahai jasad......
Bila disakiti terasa hingga ke jiwa
kau hanya lah sementara
kau hanyalah dunia
tapi tanpa mu.. tiada tempatnya akal dan jiwa
Wahai diri yang hina
ketahuilah kau dijadikan dari tanah, air, api dan angin
bila sampai waktunya segala unsur akan pulang ketempatnya
yang tinggal hanya roh yang mengadapnya
Itu janji tuhan pada makhluknya...
1 comment:
Masih cuba menginsafi diri
Post a Comment