Sunday, December 5, 2010

Spider kiss :)

I like

S-Siapa sangka kita dipertemukan.
P-Perkenalan yang tidak pernah di rancang.
I-Inilah yang dikatakan 'jodoh pertemuan ditanganNYA'
D-Dirimu amat menyenangkan hati
E-Entah bila dapat dimiliki
R-Rasanya agak mustahilkan?

K-Kita sama2 merasainya
I-Ia tidak akan pernah luput dari ingatan.
S-Sama-samalah kita berdoa
S-Semoga apa yang kita miliki kekal abadi....

Aku dan kamu

Waktu terasa semakin berlalu
Sepi aku dalam kehilangan
Tiada lagi tawa dan senyum mu
Yang menjadi pengubat hatiku

Di kala ku kehilangan dalam kegelapan
Ku mengharap sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan tanpa senyuman
Ku rindukan ukirkan senyuman mu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih berani
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Andai aku bisa putarkan waktu
Pasti aku inginkan kamu
Tidak mungkin diri ku mampu hidup tanpa mu

Saturday, August 14, 2010

*******

Dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajar ku sepanjang malam
Kau sentiasa di hati ku
Biar pun cinta kita terpisah di jalanan
Mungkin kau dah lama melupakan

Susahnya untuk ku melupakan mu
Kerana kau cintai pertama ku
Kerana kau yang pinta melepaskan mu
Terpaksa aku lakukan biar pun tanpa kerelaan ku

Sayangnya terputus tali janji
Satu masa dulu yang kukuh termatri
Kata orang tua mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ku ini
Ku tahu kedaifan yang tak engkau ingin kan
Tidak ku salahkan diri mu
Kau berhak menentukan nasib mu
Kini aku mengengam satu azam
Melempar segala kenangan
Untuk membina sebuah kehidupan

Walaupun dimana pun kau berada
Moga kau aman bahagia
Disamping si dia

Thursday, July 15, 2010

Danau kasih

Di saatku berlari
Mengejar mentari
Engkau menanti
Pasrah engkau menanti
Sekeras hatiku
Walaupun perit

Kau yang mengharap kasih
Ku mengendahkan
Menyisir airmata
Menghapus lara

Kau ikat pada janji
Akulah yang satu
Rela merintih dari terpisah

Kau kekasihku
Kilauanmu bak mutiara
Tak terpamir dibingkai kaca

Walau hujan berkurun
Didanau kasih bergelora
Takkan tawar
Lautan cintaku

Saturday, March 27, 2010

penyair cinta

Aku memang tak segagah indera putra
Penuh sakti, kacak serta gagah berani
Tak sehebat Hang Jebat
Tak juga sesetia Hang Tuah
Tapi aku tetap aku

Aku bukan wira
Bukan juga Sasterawan negara
Ku hanya penyair cinta
Bertemankan jiwa dan Perasaan...

Bersenjatakan kertas dan pena
Kasih-sayangmu
Ingin rasanya kutawan
Tapi sayang hanya sekadar
Di dalam tulisan

Dalam kenyataan
kenapa cintaku tak kau perhatikan
Kau anggap hanya sebuah khayalan
Bagaimana harus ku membuktikan lagi
Agar kau percaya kata-kataku ini

Friday, March 26, 2010

Terperangkap dalam cinta

Hati siapakah yang mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah segala pengorbanan
Andai kau tak bisa dipelukan ku

Pernah juga ku dilukai ditikam belati tajam
Walau pun rasa pedih namun
masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka perasaan
Walaupun pedih tak berdarah
Manun bisa buat aku gundah

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerana diriku
Sedangkan aku lah penawar cinta mu
Tak sangup aku melepaskan mu

Kau tahu cinta ku amat kuat untuk mu
Namun ia tak memberi sebarang erti buat mu
Jurang pemisah antara kita amat ketara
Makin hampir dan ketara…..

Ku ibarat terperangkap ditengah lautan
Hilang arah untuk menuju..
Andai kau pinta untuk ku melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan…
Mungkin ini pengajaran dalam percintaan…

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula segalanya
Namun aku hanya insan biasa
yang bisa dilukai dan disakiti…

Sunday, March 7, 2010

Pencarian di hujung waktu

Cepatnya putaran masa berlalu
Tanpa disedari usia telah menelan waktu
Tapi aku masih berdiri disini kaku
Haruskah aku menunggu dan terus menunggu

Ku tahu kau cuba untuk melupakan ku
Biarpun itu melawan kehendak hati mu
Tapi kerana ikatan yang ada pada mu
Kau tetap dengan keputusan mu

Telah jauh ku berjalan melewati waktu
Bersama ranjau dan duri serta jalan berliku
Mencari penawar lara ku
Ku bertemu tapi ia bukan milik ku

Kini ku sedari
Tak perlu lagi aku terus mencari
Aku harus menerima apa saja yang diberi
Aku anggap semua itu ada lah ujian dari ilahi

Ikhlas dari ku
Kau masih dihati ku
Biar pun jauh beribu batu
Namum kau tetap di hati ku
Ku semadikan kau sebati hati ku.....

Friday, February 26, 2010

Selagi ada Rindu - Pak long

Watch more MySpace videos on AOL Video

Selagi ada rindu

Pinjam lirik pak long

Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang
Selagi ada ombak dan laut
Selagi hati ku terpaut

Selagi turunnya hujan
Selagi rahmat tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cinta ku bersemi

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Oh kasih damai lah
Enkau disana
Ku berdoa pada tuhan
Agar kau bahagia…