Tuesday, February 13, 2007

Tanda pada mata...

RAHSIA MATA WANITA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga
mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini
hanyalah sekadar menambah pengetahuan,
tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama
yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan
mungkin sekadar kebetulan
semata-mata....

SIFAT MATA WANITASIKAP WANITA
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap,
kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
Bersikap periang tapi
bila marah lambat sejuknya.
Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
Boleh bahagia dengannya jika dapat
penuhi kehendak duniawinya
dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedangSederhana,
tidak banyak berahsia,
ada pertimbangan,
bertanggungjawab serta
perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia,
otak kurang cergas,
pemarah,bertindak tanpa fikir panjang,
kurang teratur, tiada arah
tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia.
Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang,
memahami dan sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana
baik pekerti, setia, adil bertangungjawab
tidak cerewet, membantu & membahagiakan

Mata cengkung
Kurang memuaskan,
materialistik,hidup dengannya boleh sengsara
kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang,
bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan,
tidak dapat kawal emosi,
Hati tidak tetap,
banyak kenalan kurang sahabat,
mengumpat, irihati,
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah,
menyenangkan,ikut kata.
Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak
dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

No comments: