Aku hanya manusia
pelakon cerita di pementasan dunia
Dialam ciptaannya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak sebagai manusia
Hari esok yang menanti
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal abadi
Binasa akan mengakhiri
Usah disalahkan pada diri
Kerana diri tidak mengerti
Hakikat yang sejati
Lenyap diri dalam abadi
Biar jasad terpaku mati
Namun hakiki tetap terjadi
Setiap yang hidup tidak akan abadi
Itu lah hakikatnya bumi
No comments:
Post a Comment