Ketika kita bersua hati mula tergoda
Payah untuk melupakan walau seketika
Tidak pernah ku menduga
Hati ini berputik bunga cinta
Bagai kan tak percaya aku jatuh cinta
Kaulah kekasih yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati
Kan ku bajai cinta di hati ini
Kan ku siram agar subur menyinari
Kau kekasih yang bertahta dihati
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya
Hati usah diduga hanya mengundah resah
Cinta di hati ini hanyalah untukmu
Kau kesayanganku penyeri hidup ini
Haruman kasihmu melekat di jiwa
No comments:
Post a Comment