Wednesday, March 14, 2007

Lega.....




Hari ini aku dapat menarik nafas lega,
kerana aku telah menunaikan janji aku pada aruah ayah ku.
Adik aku yang bongsu baru je dapat result SPM ( 7A).
Seperti yg aruah ayah ku mahukan ia nak anak-anak dia semuanya
ke Universiti.... dan sekarang semuanya telah tercapai tinggal adik aku yang bongsu ni je.. menunggu masa utk ke University..

Aku rasa mcm selasai melakukan kerja yg berat
yang selama ini selalu bermain dalam kepala ku. Bukan apa aku tak
nak menghampakan impian Aruah Ayah ku.. walau pun ia telah tiada..
Aku tahu perjalanan ku masih jauh..dan aku tak akan penat untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai abg yang sulung. aku akan lakukan walaupun aku terpaksa berkorban nyawa demi untuk menyambung cita-cita ayah ku....



1 comment:

Anonymous said...

tahniah