Wednesday, November 28, 2007

Terengganu Monsoon Cup


KUALA TERENGGANU: Festival Warisan Duyong 2007, membabitkan pelbagai acara sukan rakyat akan mewarnai kemeriahan Monsoon Cup 2007 yang diadakan di Teluk Warisan, Pulau Duyong dekat sini.Festival enam hari mulai 27 November hingga 2 Disember itu menonjolkan permainan rakyat seperti tarik tali, gusti lengan, tarik upih, lari dalam guni, membawa ping pong dalam sudu dan gelek rim.Acara lain ialah sepak raga seratus, mengupas kelapa, mengukur kelapa, mencari gula-gula dalam tepung, meniub belon dan mengisi air dalam belon.
Sukaneka air pula bakal dimeriahkan dengan acara memanjat tiang licin, tarik tali dalam perahu, mengimbang tong drum, gusti air, menangkap itik dan memukul bantal.Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran festival itu, Ismail Nik, berkata turut dianjurkan ialah pertandingan bola jaring, bola sepak pantai, bola tampar pantai dan dam aji.“Festival ini dimeriahkan dengan penyertaan wanita yang akan bertanding masakan kuih tradisional, set pengantin dan permainan tradisional serta diselang seli dengan persembahan kebudayaan yang kebanyakan dianjurkan sebelah malam,” katanya.Beliau berkata demikian pada mesyuarat penyelarasan jawatankuasa itu di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini,
Selasa lalu.Turut hadir, Pengarang Joran/Projek Khas, Kamal Ahmad dan Pengurus Projek Khas BHSB, Muhamad Mizal Hasbullah.Katanya, pameran jabatan pula membabitkan 17 gerai manakala 17 lagi adalah gerai jualan. Ismail berkata, festival itu akan memeriahkan lagi Monsoon Cup sekali gus membabitkan lebih ramai penduduk tempatan dalam satu kejohanan antarabangsa yang banyak memberi manfaat kepada mereka.Acara sepanjang festival itu berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 10 malam.“Seramai 100 kanak-kanak akan menyertai program berkhatan dijadualkan pada 1 Disember (Sabtu),” katanya.Sementara itu, jurucakap penganjur mengesahkan lokasi pertandingan di Teluk Warisan, tidak membabitkan perjalanan ke mana-mana pulau.

2 comments:

arsaili said...

salam kenal..tak join ke majlis berkhatan tu..ahaks

Anonymous said...

salam kenal... tak join..he..he..he..he.. takkan nak kali kedua kot...

papa mafia