Saturday, July 26, 2008

Harum tiada warna

Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Aku merelakannya

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Disini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Disini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinari ku
Disini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku cuma insan biasa

Kilauan cinta yang suci
Yang pernah dulu bersemadi di hati
Kini kian gerhana
Biarpun sebak di dada
Relakan kumelangkah
Selamanya...

No comments: