Tuesday, May 22, 2007

Kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus,
kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini,
terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,suaramu aku terdengar,
membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

2 comments:

shay said...

wah bro sedih je ni kenapa yerk...?

Anonymous said...

biasa lah shay..hidup ni mmg macm ni..ada hari ok ada hari tak ok...

~papa~