Tuesday, May 1, 2007

Lukisan Hidup

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Disini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya

Disini langin mendung selalu
Tiada cahaya menyinari ku
Disini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan dengan mu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabdian yang rela
Pemergianku kerana terpaksa
Demi hidup mu yang lebih sempurna

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita putus di jalan
Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya permainan dalam percintaan

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerana antara kita tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu

Pintamu keterlaluan
Mahligai puncak kayangan
Tak mampu aku tunaikan
Hanyalah syair sendu
Yang dapat kudendangkan

Kita hanyut di buai gelora
Kita layarkan kamar bahtera
Akhirnya tenggelam karam di lautan cinta

Terlerai janji setia
Musnahlah segalanya
Mahkota impian
Andainya aku tiada
Usahlah ditangiskanKehilangan...

Anggaplah kehadiran ku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana yang kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa

No comments: