Friday, April 27, 2007

Cerita Aku lagi

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak memadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu

Jika benar cinta itu buta...
Berkali terluka masih jua... ku mencuba
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Aku diibarat rerumput di bumi
Kering ketandusan di terik mentari
Biarpun sang embun menitiskan simpati
Namun saljuku tak kekal lama

Engkau seumpama merak di kayangan
Anggun bertahta di mahligai yang indah
Manalah mungkin aku menyusur ke hatimu
Walau naluriku diamuk rindu

Biar arus cinta mengalir
Bercantum di muara kasih
Walaupun sukarnya untukku berenang
Ke birai hatimu kerana ku tahu
Siapa diriku

Ku tak tahu mengapa

Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tapi berdaya

Kemesraan yang pernah dijalinkan
Janganlah diretakkan
Kita sesama manusia
Punya hati dan perasaan
Janganlah kau perlakukan begitu

Kuhulurkan tangan ku ini
Sebagai tanda perdamaian
Kuluaskan pintu hati ku tanda kasih ku pada mu
Lembutkanlah hati mu sayang
Menerima kemesraan ku ini
Jangan dibiarkan kemarau kasih berpanjangan

1 comment:

Leon said...

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji;
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita keliru;
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka;
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan;
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis;
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan....