Saturday, October 4, 2008

4 tembok

Bila diri terasa tidak disayang
Hati mula gelisah memikirkan
Tak pernah terfikir difikiran
Semua ini bakal mendatang

Hubungan yang terjalin belasan tahun
Kini menuju ke musnahan
Apakah dihati mu tiada pengertian
Betapa harus kita mempertahankan
Mahligai yang indah dan gemilang

Segala kemahuan mu ku turutkan
Segala kemahuan ku kau endah kan
Dimanakah keadilan

Harus kah aku menunggu lagi
atau aku harus pergi menyendiri
Cerita 4 tembok kekal dihati
Biar mati diri namun ia kekal dihati
Tapi kau telah mendustai
segala janji rahsia yang termatri

Ketahuilah.....
Dihati ini kini yang tinggal cuma benci
Mungkinkah mahligai yang kian lama terbina
akan terkubur selamanya........

Andai itu takdir dari Ilahi
Aku tidak terdaya untuk menghindari
Akan ku relakan kau pergi
Biar lah aku sengsara sendiri......

4 comments:

arsaili said...

salam aidil fitri..cam ne raya?

ajid said...

kalau wat lagu.. sodap nih..

papa said...

Arsali,
Salam Aidil fitri.. raya mcm biasa je...

Ajid,
Nak wat lagu apo..he..he..he..he..

Anonymous said...

cute cerita 4 tembok ni he..he..:)