Saturday, July 7, 2007

Kenyataan hati

Biar pun masa beredar meninggalkan ku
Namun sejarah ku tak akan berubah
Waktu kau tiba ku menyambutmu dengan rela
Terjalin ikatan yang mesra berputiknya cinta

Kita bersama-sama mengakui
Akan mencuba dan selebihnya takdir menentukan
Lalu aku memberikan penuh kepercayaan pada mu
Segala yang ku miliki aku rela berkongsi

Tapi segalanya ada had dan batasan
Kau mendesak ku keterlaluan
Biarpun aku menyayangi mu
Kau masih meragui ku

Sekiranya kau mengerti akan kata ku
Kau akan bersabar dan berusaha
Aku ingin berbisik pada mu
Bahawa aku amat mencintai mu

Aku ingin kau tahu hati ku
Sejak mula bertentangan mata
Entah apakah gerangan hati
Selalu saja tak tenang
Bila ku bersendirian
Wajahnya asyik terbayang

Apakah kau merasainya
Seperti yang ku alami ini
Mungkinkah itu satu kenyataan
Atau permainan duniawi semata

No comments: