Wednesday, April 11, 2007

lagi..lagi aku...cerita kebahagiaan pulak

Pernah tak kekawan semua terfikir apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup kita? Kenapa ramai diantara kita yang memperjudikan masa mereka untuk hidup mewah... aku tengok diri aku pun sama dulu... bagi aku dulu duit adalah segalanya...tapi sebenarnya kebahagian hidup bukan kerana duit semata-mata.... duit atau harta adalah merupakan satu bahagian saje utk kebahagiaan..bukan aku kata duit tu tak penting...Hidup zaman sekarang mmg memerlukan duit...

Tapi kebahagiaan sebenar adalah bila kita jadikan impian kita menjadi kenyataan...dan kita mendapat kepuasan yang tak terhingga..masa tu kita akan tersenyum keseorangan..biarpun kenangan itu telah berlalu..namun ia tetap mekar diingatan.
ada masanya kita korban kebahagiaan kita semata-mata untuk seseorang.... persoalannya wajarkah????
papa suka tengok citer adveture...life dia org simple & happy sedangkan dia hanya hidup berjalan..tapi seronok....

Salahkan kalau papa katakan hobi atau minat itu adalah kebahagiaan seseorang.. kerana disitu ada kepuasan....umpama pemancing mcm papa ni.. kepuasan adalah apabila dapat bertarung dengan ikan bersaiz mega....kalah menang bukan ukuran..tapi kepuasan tu penting.

papa cuma mintak pendapat ko org tentang kebahagiaan...mai lah kita share....

3 comments:

kujie said...

Salam,

Lama tak masuk, tengok entry tentang bahagia,luas maksud bahagia ni bergantung keperluan seseorang. orang yang bahagia, dia jelas dan amat tahu matlamat hidup, optimis dan menghargai diri sendiri.

Bahagia tu perasaan yang dikaitkan dengan hati, jiwa ,fikiran atau rohani, tak dapat diterjemahkan dengan ketepatan ayat atau frasa tetapi dapat dilahirkan atau terbit melalui jasmani seperti kita ceria, bersemangan dan bermotivasi.

Kebahagiaan itu cuma satu istilah yang telah terbentuk dan terpulang kepada kita bagaimana mendefinasikan kebahagiaan itu. Kebahagiaan itu satu cara bukan destinasi yang perlu kita tuju..kerana kebahagiaan itu tidak ada jejak yang tetap yang boleh kita nyatakan sekian-sekian bentuk dan keadaannya.

Berkorban bahagia untuk seseorang itu besar dugaannya, tetapi tentu seseorang itu terlalu istimewa dalam hidup kita , orang yang paling kita sayang seperti kedua ibubapa, adik beradik. Dalam hidup ini, kita akan tetap bertemu dimana situasi kita perlu berkorban, walau tanpa rela tetapi jika kita redha dengan apa yang kita lakukan, jauh di sudut hati kita akan rasa bahagia dan puas kerana kita terpilih untuk berkorban untuk melihat orang lain bahagia.

Objek kebahagiaan kita bukan boleh di nilai sebesar padang bola ke..sebesar parabola ke..he he he..tetapi walau sekecil jarum andai itu sudah memberi kita rasa gembira, tetaplah di anggap bahagia.

Pendapat saya jer nie...bukan perfect sebab bahagian bukan berdiri sendiri dengan satu sudut pandangan saja...ianya merangkumi berbagai sudut dan sisi pandangan.

oppsss...banyak sangat melalut ni...over acting kan..mcm blog sendiri pula..chowww........ kalo nk membebel banyak2 ..buat entry kat blog sendiri la erk...he he

client said...

wah sedikit kejiwangan berlaku antara kujie dan papa ekeke..

kujie said...

issshhh..kliyen aka encik azman ni...memandai je nk wat spekulasi2 bagai..mcm le kita ni fofuler mcm artis..mana ko ilang kliyen...jom kata nk banjer kt KLS.

bab bahagia ni best nk diskuz...